Hahaha.. siol la Mary.. nko ingat aku ni tua sangat ke?? Ada ke dia request lagu dari band 60s/70s - Creedence Clearwater Revival. Nasib baik aku jumpa album tu dalam collection aku.. errr.. aku layan gak band ni dulu.. hihihi.. duluuu laaa.. but macam mane si Mary boleh tetiba ingat pada band ni?? Aku pun tak terlintas langsung nama band ni dalam kepala otak aku. Band ni main lagu rock pastu mix dengan country.
Special untuk Mary.. lagu Susie Q dari album Chronicle.. bila nyanyi sila tukar Susie Q jadi Mary Q.. hahaha..
Sutan Melaka : Dan sesungguhnya.. perbuatan mu ini tetap derhaka. Kau akan keseorangan dipuncak ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah subuh kelak. Nescaya dia yang memandang, Beta sumpahhh.. hilang nyawa bermuntahkan darahhh..
Hang Tuah : Hatiii pujuklah perasaannn.. Jauhi segala kesangsiannn..
hihihi.. layannn beb.. Puteri Gunung Ledang The Musical - LIVE dekat Istana Budaya. Sultan Melaka (Adlin Aman Ramlie), Hang Tuah (Stephen Rahman Hughes) & Gusti Puteri Retno Dumilah (Tiara Jacquelina). Beli cepat bai.. tak rugi.. wa rindu la nak tengok vcd PGL yang M Nasir jadi Hang Tuah tu..
Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda..
Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali.. Adinda akan menyusul kekanda.. Menginjak pada tanah yang sama.. Bernafas pada udara yang sama..
Belayar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang.. Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak tenang.. Bila sampai waktu, kita akan bersama..
eemmm.. siapa pinjam vcd Puteri Gunung Ledang The Movie aku, pastu lupa nak pulangkan??
Bila dengar je lagu Iris ni wa teringat kat Meg Ryan.. dulu memang wa suka tengok muka si Meg Ryan ni.. wa suka tengok dia berlakon dalam citer2 romantic comedy.
Lagu ni dari soundtrack City of Angels.. dari Goo Goo Dolls.
Wa pernah tengok concert mamat ni live dengan musik orchestra kat Istana Budaya.. perghhh.. memang power beb.. tu pasal sampai sekarang dia still ramai peminat. Lagu ni dari album Jamal Abdillah : Aku Penghibur.
hahaha.. 70s rockkk.. Siapa tak kenal Eagles yang top gila dengan lagu slow Hotel California.. but this one different.. kasi test dengar tengokkk.. wa amik dari album Hell Freezes Over (1994)
p/s : Sorry Mary.. wa lagi suka lagu Get Over It ni daripada Take It Easy hihihi..
hihihi.. tak sabar sebenarnya nak upload lagu dari kumpulan Alleycats ni. Dari dulu sampai sekarang band ni STILL NUMBER ONE la.. Banyak lagu yang best-best.. pening nak pilih. Last year wa beli album compilation dia, Alleycats 40 Hits No.1.. ada 2 CD.. perghhh.. tak rugi beb.. semua evergreen.
eemmm.. kenapa wa suka kat lagu ni yek.. maybe kat melody dia kot. Melody macam sedih gilaaa.. Lagu dari debut album Muse, Showbiz.. tahun tak ingat daaa.. 6-7 tahun lepas kot. Wa tak tipuuu.. lagu dalam album ni banyak yang best..
Suara stim siol.. Lagu dari Norah Jones.. dari minah ni punya 2nd album bertajuk Come Away With Me.. If wa tak silap la tahun 2002. Dalam album First Sessions (tahun 2000) pun ada lagu ni gak but dia buat macam album demo je.. tetiba meletop la pulakkk.. sampai habis kat kedai.
The original singer dia Frank Sinatra.. sorry la puas wa carik tapi tak jumpa.. yg ni pun ok gak.. Album terbaru dari Michael Bolton.. Bolton Swings Sinatra.. Layannn beb..
ps: lagu ni upah utk aini sebab ajar wa guna lifelogger :)
Kat blog ni wa letak lagu-lagu yg wa suka je.. Kalau lu tak suka sorry la ye.. Cari la blog lain hihihi.. But kalau dah suka lepas ni beli la CD yg original. Dia orang ni pun nak carik makan gak beb..